Mengenai Kami

Sejarah penubuhan Neutragize

Pakar Penapis Air Anda

FIRS TECH ENTERPRISE merupakan sebuah syarikat enterprise yang telah ditubuhkan pada 27 Disember 2010 oleh pengasasnya Nor Syuhada Binti Ahmad. Aktiviti utama syarikat ini pada permulaannya ialah menjalankan perniagaan jualan dan servis pelbagai jenis penapis air dan pengedar air minuman. Syarikat beroperasi di Kg Tebing Tembah selama satu tahun, kemudian berpindah ke lot kedai di alamat Lot 8373, Tingkat Bawah, Jalan Besar Paka, Paka, 23100 Dungun, Terengganu dan beroperasi sehingga sekarang.

Pada tanggal 19 Januari 2015, Syarikat telah mendaftarkan trade mark NEUTRAGIZE di Perbadanan Harta Intelek dan NEUTRAGIZE berjaya didaftarkan.Syarikat juga memiliki Sijil Kewangan Malaysia. Kini syarikat masih menjalankan aktiviti yang sama, tetapi syarikat sudah mula mengeluarkan produk sendiri iaitu Air Minuman Berbungkus (RO) dibawah jenama NEUTRAGIZE.
Antara pelanggan-pelanggan produk kami adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kertih Terminal Sdn Bhd (KTSB), Kontraktor-kontraktor PETRONAS, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Sekolah-sekolah sekitar Paka dan Kuala Terengganu dan perumahan-perumahan disekitar Paka, Dungun, Kemaman dan Kuala Terengganu.

7

Jenis Penapis Air

15

Tahun Pengalaman

3251

Pelanggan Berpuas Hati

5999

Pemasangan


Misi
» Kami adalah syarikat pembekal minuman berjenama NEUTRAGIZE.

» Teras perniagaan kami adalah penjualan minuman berjenama NEUTRAGIZE.

» Membangunkan pusat pengeluaran, pembungkusan dan pengedaran minuman berjenama NEUTRAGIZE.

Visi
Menjadi pembekal industri minuman pilihan utama ASIA.
BIG WHY
Membekalkan air bersih untuk kebaikan kesihatan setiap orang yang mementingkan kebersihan air.

Pasukan Neutragize



Book Now!